Selamat Datang Ke Laman Web
WAJ 3104 Literasi Bahasa

Kursus ini menjelaskan dan mengaplikasikan teori pemerolehan bahasa dan hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan diberikan kepada pemulihan membaca, strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran asas pemulihan membaca, dan jenis-jenis aktiviti kemahiran asas membaca.

Dalam melaksanakan aktiviti prabacaan, pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata.


Dalam bengkel asas membaca kaedah fonetik, pelajar dikehendaki membuat latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf, membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan ayat, dan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik.

Dalam bengkel asas membaca kaedah abjad, pelajar akan menyebut nama huruf abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V dan KV, mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.

Dalam bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut, pelajar akan membuat latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.

Chat @Literasi BM

News

Visitors notice

22/06/2011 17:26
Let your visitors know about news and events on your website as often as possible. You need to keep your website up-to-date so that your visitors will get used to visiting your pages regularly. You can use RSS feeds to deliver new articles directly to your readers.

Website launched

22/06/2011 17:25
Our new website has been launched today. Tell your visitors why you have started a new presentation and how it benefits them. Mention your goals and project advantages. Try to briefly give your visitors reasons why they should return to your pages.