Pra Bacaan

1.1 Sinopsis

Bengkel aktiviti prabacaan mengkehendaki pelajar melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Untuk melaksanakan aktiviti ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti prabacaan dalam modul ini.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:

  • Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.

  • Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M

  • Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pemelajaran 

  • Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam kursus ini.

  • Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam portfolio anda.

  • Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.
     

1.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami aktiviti prabacaan sila teliti kerangka konsep berikut.



Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanakkanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran- kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan (Juriah Long et.al. 1994).

Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula
meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

1.4 Aktiviti/Bengkel Prabacaan

Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti prabacaan, anda perlu melaksanakan aktiviti berikut:

1.4.1. Pengamatan Penglihatan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, lakukan aktiviti:

  • pengamatan penglihatan

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk. Kini anda perlu melakukan aktiviti seterusnya.

1.4.2 Pengamatan Pendengaran

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki melakukan aktiviti untuk mengecam bunyi-bunyi. Anda perlu melakukan aktiviti:

  • Pengamatan pendengaran

Tahniah! Anda telahpun berjaya melaksanakan aktiviti mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

Teruskan aktiviti berikut yang melibatkan psikomotor.

1.4.3 Pergerakan Tangan dan Mata

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki melakukan aktiviti:

  • Pergerakan tangan

Teruskan aktiviti prabacaan dengan melakukan aktiviti

  • Pergerakan mata

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, anda perlu melakukan aktiviti menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan sebagai pengukuhan.